Cara Pakai Serum Yang Wajib Anda Tahu

Disember 25, 2019


Hai korang semua, ari ni saya nk share cara pakai serum dengan betul.

Ya lah..maybe korang dah abis banyak duit beli mcm2 produk dalam pasaran kan untuk cantik flawless..hehe..Tapi kenapa still x berkesan dan masih sama tiada apa-apa perubahan walaupon pakai produk yang mahal..

Salah produk or salah kita tak ikut cara tepat nak pakai serum ni..


Jadi sy hari ni saya nk share cara betul pakai serum..
Anda Wajib tau cara pakai dan pilih produk serum terbaik yang benar-benar selamat dan berkesan.






Jom kita mula..





Cara Pakai Serum Pada "Waktu Siang"



Peraturan asas langkah memakai krim ialah dahulukan produk kandungan yang ringan kemudian berat/tebal. Penyerapan setiap produk amat penting supaya kulit dapat menerima setiap kebaikan produk. Seeloknya juga untuk anda selang beberapa minit sebelum melapis setiap produk.


Langkah 1: Serum

Selesai mencuci wajah dan menyegar produk pertama yang perlu anda capai ialah serum. Ini kerana serum lebih kaya dengan bahan-bahan rawatan dan sebagai primer dalam langkah penjagaan wajah.

Langkah 2: Fokus pada bahagian bermasalah

Selesai serum dan beberapa minit kemudian sapu krim rawatan pada bahagian kulit yang bermasalah. Langkah ini ada boleh skip jika anda tiada krim khas seperti mengecutkan jerawat, sensitif, kering atau apa sahaja.

Langkah 3: Keseluruhan wajah

Seterusnya sapukan produk yang anda mahu untuk kebaikan tambahan kulit sebagai contoh krim mencerah, antioksida, facial oil atau krim mata.

Langkah 4: Pelembab

Produk terakhir untuk mengunci semua rawatan diatas ialah dengan menyapu krim pelembab pada seluruh wajah.

Langkah 5: Krim pelindung matahari

Kalau melangkah keluar rumah jangan lupa krim pelindung matahari!




Cara Pakai Serum Pada "Waktu Malam"


cara digunakan pada waktu malam sebenarnya sama je cumanya anda perlu tukar produk yang lebih ‘berat’ kerana pada waktu malam untuk sesi rawatan kulit secara berganda!


Langkah 1: Serum atau produk berasaskan retinol

Anda boleh gunakan produk mengandungi retinol iaitu krim anti penuaan, membaiki tekstur kulit atau mengetatkan pori-pori. Caranya sapukan dengan kadar minima (saiz kacang pis) pada seluruh wajah dan urutkan. Jika tiada gantikan dengan serum seperti biasa.

Langkah 2: Fokus pada bahagian bermasalah

Sebelum menyapu krim tertentu, anda boleh urut lembut krim mata pada bawah mata dan biar beberapa minit. Teruskan dengan menyapu produk khas untuk rawatan pada bahagian bermasalah.

Langkah 3: Pelembab

Pakar kulit mencadangkan krim pelembab malam sepatutnya lebih pekat/tebal untuk mengimbangi bahan retinol yang disapu pada permulaan. Ini supaya kulit tidak terkena sebarang iritasi. Namun jika kulit anda terlalu berminyak untuk memakai krim pelembab malam anda boleh gantikan dengan pelembab jenis losyen.


Pastikan anda kenal masalah kulit anda dan set dalam kepala pakai produk yang ringan diikuti krim yang tebal. Bila waktu siang jangan tinggal krim pelindung matahari dan waktu malam pula lebihkan pada krim yang mempunyai fungsi memperbaiki dan merawat.

Selamat jadi cantik semua!


Rujukan Pakar


You Might Also Like

0 ulasan

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images